Ikuti Kami:

AFGAN Live in Penang 2024: Konsert Terbesar untuk Tutup Tahun 2024 dengan Gaya!

AFGAN Live in Penang 2024: Konsert Terbesar untuk Tutup Tahun 2024 dengan Gaya!

Menjelang penghujung tahun 2024, para peminat AFGAN pasti teruja dengan berita yang dinanti-nantikan – penyanyi terkenal dari Indonesia ini bakal mengadakan konsert solo terbesarnya di Malaysia! Dikenali sebagai AFGAN LIVE IN PENANG 2024, konsert istimewa ini akan diadakan di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28 Disember 2024 jam 8 malam. Acara ini dijangka menjadi detik bersejarah, bukan hanya untuk AFGAN tetapi juga buat semua peminat setianya.

Sejak diperkenalkan kepada peminat Malaysia pada tahun 2009, AFGAN terus membina pangkalan peminat yang kukuh, dan setiap kali beliau membuat persembahan, peminat pasti terpesona dengan suaranya yang merdu dan muzik yang menyentuh hati.

Lagu-lagu popular seperti Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu telah menjadikan AFGAN sebagai salah seorang penyanyi yang paling digemari di Malaysia. Setiap kali persembahan beliau berakhir, para peminat sentiasa mengharapkan lebih banyak hiburan daripadanya.

Konsert di Pulau Pinang ini dianjurkan oleh Strategy X Entertainment, dengan sokongan penuh daripada Tourism Malaysia dan Imperial Lexis Kuala Lumpur sebagai hotel rasmi. Menurut Encik Mohd Arif Othman dari Strategy X Entertainment.

“Kami percaya AFGAN LIVE IN PENANG 2024 yang julung kali dilangsungkan dalam skala besar di Setia Spice Arena, Penang, pada 28 Disember 2024 akan menjadi satu sejarah manis buat semua pihak; sama ada kami selaku penganjur, Afgan sebagai bintang yang diraikan serta peminat yang dapat mengisi dahaga serta kerinduan terhadap penyanyi kesayangan ini.”

“Saya tidak pernah jemu ke Malaysia dan apabila dilamar untuk AFGAN LIVE IN PENANG 2024, saya ‘say yes’ kerana tahu peminat yang hadir tidak akan mengecewakan walaupun diadakan di Pulau Pinang.”

Dengan pelancaran single terbarunya, Escape bersama Jessi, AFGAN turut memberi petunjuk bahawa peminat boleh menjangkakan persembahan baharu yang penuh kejutan di konsert Penang nanti.

“Nantikan saya 28 Disember 2024 untuk sama-sama kita ‘berbalas’ dan berbagi energi,” katanya lagi, memberi bayangan bahawa konsert ini bakal menjadi satu malam yang sukar dilupakan.

Tiket untuk konsert ini dijual pada harga antara RM138 hingga RM388, dengan kategori kreatif seperti Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa, dan Untukmu Aku Bertahan. Tiket boleh mula dibeli pada 1 Oktober 2024 melalui Ticket2U.

Komen
Loading...