Ikuti Kami:

“Admin” Foodpanda Tak Terima Komen Bahasa Melayu Di Facebook Terima Kecaman Netizen

“Admin” Foodpanda Tak Terima Komen Bahasa Melayu Di Facebook Terima Kecaman Netizen

Akaun Facebook rasmi Foodpanda Malaysia diserang netizen gara-gara pengguna diminta hanya menggunakan Bahasa Inggeris ketika ingin memberikan maklum balas mereka.

Menerusi ruangan komen di Facebook tersebut, admin Foodpanda memberitahu mereka kini mempunyai masalah halangan bahasa buat masa ini.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, pengguna yang menggunakan Bahasa Melayu diminta untuk memberikan maklum balas mereka di dalam Bahasa Inggeris.

Perkara ini kemudian menerima kecaman netizen yang menganggap ianya sangat tidak profesional.

“Mohon maaf kerana kami tidak lagi mendapat sokongan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, kami sangat menghargai jika anda dapat meneruskan perbualan ini dalam Bahasa Inggeris.”

Rata-rata netizen berpendapat isu ini tidak seharusnya berlaku memandangkan Foodpanda beroperasi di Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Sepatutnya mereka perlu memastikan bahagian perkhidmatan pelanggan untuk turut mahir menggunakan Bahasa Melayu.

Setakat ini, masih belum ada lagi kepastian dan kenyataan rasmi dari pihak Foodpanda mengapakah isu ini terjadi.

Yang pastinya, isu ini jelas menimbulkan perasaan kurang senang rakyat Malaysia terhadap syarikat penghantaran itu.

Komen
Loading...