Adik Perempuan Ganti Pimpin Korea Utara? Rumor Kematian Kim Jong Un
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Semenjak kebelakangan ini, di media sosial mulai heboh dan hangat diperbincang hampir seluruh penduduk dunia mengenai kehilangan misteri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Kehilangan misteri ini sekaligus telah mencetuskan spekulasi ramai bahawa Kim Jong Un telah mati.
Misteri kehilangannya telah timbul setelah beliau dilihat tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan tanda tanya mengenai tahap kesihatannya. Tetapi, empat hari sebelumnya beliau dilihat telah menghadiri sebuah mesyuarat dan kali terakhir membuat penampilan di media rasmi Korea Utara pada 11 April.
Namun, kematiannya masih lagi disahkan oleh mana-mana wakil Korea Utara tetapi Wakil Pengarah TV Satelit Hong King telah mendakwa dan mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara telah mati akibat kritikal susulan pembedahan.
Dalam ura-ura berkenaan, adik perempuan kepada Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jong dikhabarkan bakal menjadi pengganti dan pelapis kepimpinan Korea Utara. Desas desus ini juga turut terus menerus bermain dan menjadi teka teki dalam media sosial penduduk dunia.
Butiran tentang keadaan kesihatan Kim Jong Un masih lagi kabur memandangkan Korea Utara merahsiakan berita di dalam negara itu. Ada yang turut menyebut bahawa kesihatan Kim Jong Un terjejas kerana kuat merokok, obesiti dan terlalu kuat bekerja.
Sumber: Astro Awani, Twitter.