Ikuti Kami:

“Ada Suara Memanggil-Manggil” – Gadis Ditemui Bergayut Pada Akar Pokok

“Ada Suara Memanggil-Manggil” – Gadis Ditemui Bergayut Pada Akar Pokok

Seorang gadis hilang sejak Rabu lalu selamat ditemukan kira-kira 55km dari rumahnya di Kampung Guntong dalam keadaan bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih, Terengganu tengah hari semalam.

Hanis Syamimi Yusuff, 20, ditemui dalam keadaan keadaan lemah, kelaparan dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang.

“Dia beritahu apa yang berlaku itu di luar kawalannya selepas terdengar satu suara memanggil-manggil namanya.

“Selepas tersedar, dia terkejut apabila mendapati dirinya sudah berada di dalam sungai,”

“Hanis dibawa ke Hospital Jertih untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah. Saya bersyukur pada ALLAH Hanis ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu, Sepupu mangsa, Mohd Hafiz Zahari memberitahu, dia bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk mendapatkan bantuan selepas membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal ditunggang Hanis.

Komen
Loading...