Ikuti Kami:

Acara PUBG MOBILE x Attack On Titan Pecah Rekod di Malaysia dengan 10,000 Pengunjung di Sunway Velocity Mall

Acara PUBG MOBILE x Attack On Titan Pecah Rekod di Malaysia dengan 10,000 Pengunjung di Sunway Velocity Mall

Acara kolaborasi eksklusif antara PUBG MOBILE dan siri anime popular Attack On Titan berjaya mencipta rekod baru di Malaysia dengan kehadiran hampir 10,000 pengunjung dalam tempoh tiga hari berlangsungnya acara di Sunway Velocity Mall dari 31 Mei hingga 2 Jun.

Sambutan luar biasa ini menandakan titik penting dalam dunia hiburan digital tempatan, menggabungkan kekuatan dua fenomena global yang menarik peminat dari pelbagai lapisan usia.

Acara tersebut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti interaktif yang membangkitkan semangat dan keterujaan, termasuk photobooth bertema, sesi undian peminat untuk memilih senjata terbaik, pertandingan permainan secara langsung, serta kuiz meneka bunyi senjata dari permainan.

Eugene Chin, Pengurus Negara Tencent Games Malaysia, menyatakan bahawa pencapaian ini membuktikan minat yang mendalam dan sokongan kuat komuniti ACG (Anime, Comic & Games) tempatan.

“Kami amat berbangga dengan sambutan luar biasa ini yang melampaui jangkaan kami. Acara ini bukan sekadar promosi permainan, tetapi sebuah pengalaman dunia nyata yang menghubungkan pemain dan peminat dengan lebih erat,” kata beliau.

Acara bersempena pelancaran kemas kini terbaru PUBG MOBILE Versi 3.8 “Steampunk Frontier” itu memperkenalkan pelbagai kandungan Attack On Titan dalam permainan, seperti watak ikonik Eren Yeager, Armin Arlert, Levi, dan Mikasa Ackermann dengan dua pilihan gaya visual: anime berwarna-warni dan 3D realistik.

Pemain juga boleh mengaktifkan transformasi epik watak-watak mereka menjadi Titan yang menggerunkan, memberikan dimensi baharu kepada gameplay.

Selain itu, kemas kini ini menampilkan dunia Steampunk Frontier yang penuh aksi dengan elemen seperti kereta api wap gergasi, stesen utama Aetherholm, dan belon udara panas yang menambah keunikan pengalaman pertempuran udara dalam permainan.

Para pemain juga dapat menikmati pelbagai kelengkapan bertemakan Attack On Titan termasuk kostum Armored Titan, Mini Colossal Titan Buddy, pek suara watak, serta peralatan dan kenderaan Scout Regiment yang ikonik.

PUBG MOBILE Versi 3.8 kini boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store, dan kemas kini ini akan tersedia sehingga 6 Julai 2025.

Komen
Loading...