Abby Abadi Diserang Netizen Selepas Komen Di Posting Datuk Vida- “Kenapa Suka Maki-Maki Orang?”
- oleh Mohd Indera
- 3 minggu lalu
Pelakon Abby Abadi yang terkenal menerusi drama bersiri ‘Gerak Khas’ meluahkan rasa kesal dengan segelintir netizen yang gemar mengeluarkan kata-kata kesat kepada mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka.
Difahamkan, Abby menerima kata kecaman susulan komen yang ditinggalkan mengenai Abang Bas di ruangan komen IG Datuk Seri Vida.
Saya cuma komen di posting Datuk Vida pun jadi berita sampai ada yang caci maki saya.
Kenapalah orang Malaysia ini suka maki-maki orang. Tak ingat mati ke? Istighfar ya.
Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram (IG) Vida, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan yakin bahawa Abang Bas tidak berniat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap kanak-kanak seperti mana yang didakwa segelintir netizen.
Tambah Abby, dia juga berharap agar Allah SWT memudahkan segala urusan dan membantu menyelesaikan kes Abang Bas.
Datuk Vida sependapat dengan saya, biarlah orang nak kata apa pun.
Saya yakin Abang Bas tak berniat seperti digembar-gemburkan. Cepat sangat sesetengah pihak tu berprasangka.
Semoga Allah bantu dia selesaikan kes ini sebaiknya.
Terdahulu, Datuk Seri Vida memuat naik semula video Abang Bas yang berpelukan dengan keluarga yang dibebaskan daripada tuduhan dengan jaminan RM40,000.
Menurut Vida, dia bersimpati dengan nasib menimpa Abang Bas dan yakin pemuda itu tidak berniat untuk melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.