Ikuti Kami:

Abang ‘Sado’ JPJ Jadi Perhatian Selepas Pertama Kali Sertai Perbarisan, Tiada Niat Bersaing

Abang ‘Sado’ JPJ Jadi Perhatian Selepas Pertama Kali Sertai Perbarisan, Tiada Niat Bersaing

Melalui laporan Gempak, Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja kerana buat pertama kalinya memasuki perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.

Menurut salah seorang ahli anggota JPJ, mereka menyertai perbarisan pada tahun ini untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka juga ada badan yang tegap.

Kami nampak badan beruniform yang lain pun tegap-tegap juga. Kami respek lah tengok mereka.

Kata salah seorang ahli anggota JPJ iaitu Fakhrul, penampilan ‘sado’ itu bagi tujuan kesihatan disamping menjaga imej serta nama unit barisan hadapan itu.

Bahkan, dia menegaskan tiada persaingan antara mereka dengan unit beruniform yang lain.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut mengakui menerima gangguan-gangguan daripada netizen tetapi enggan mengambil serius.

Gangguan itu perkara biasa, kita pilih yang mana elok atau tidak. Pandai pilih lah nak layan atau tidak. Asalkan jaga nama baik.

Komen
Loading...