Ikuti Kami:

‘Abang bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual, Menangis Di Kandang Tertuduh

‘Abang bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual, Menangis Di Kandang Tertuduh

MUAR – Pemandu bas yang sebelum ini ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpang murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau ‘crush’ didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Muar pada Selasa.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun itu dilihat menangis di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia empat tahun bagi maksud seksual antara antara jam 5 hingga 6 petang di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara jam 5 petang hingga 6 petang bertempat di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Sumber
Komen
Loading...