Ikuti Kami:

‘Abang Bas’ Didakwa Lagi, Sempat Tunjuk ‘Mini Love’

‘Abang Bas’ Didakwa Lagi, Sempat Tunjuk ‘Mini Love’

BATU PAHAT – Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau ‘crush’ sempat memberikan ‘mini love’ di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.

Tertuduh berusia 24 tahun yang memakai baju berwarna hitam tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi bagi pertuduhan memuat naik komen jelik berhubung video seorang kanak-kanak perempuan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan TikTok dengan nama akaun ‘Abang Bas’ yang secara sedar membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dengan kapsyen ‘hari ini crush buat homework’ diikut tanda ‘love’ sambil memerhatinya.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Aman 2, Taman Budiman, Parit Raja, di sini, jam 11 malam, 5 September lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurizzati Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain.

Sumber
Komen
Loading...