Ikuti Kami:

Aaron Aziz Beraya di Kuala Lumpur Tahun Ini

Aaron Aziz  Beraya di Kuala Lumpur Tahun Ini

Sudah menjadi satu rutin setiap tahun meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta di Singapura, tahun ini, rutin itu tidak dapat dilakukan berikutan larangan pergerakan merentas negeri bagi membendung penularan COVID-19.

Aaron tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya menyambut Aidilfitri di perantauan, tanpa ayah dan bonda tercinta di sisi.

“Pasti kami rasa sebak kerana julung kali tidak bersama keluarga sendiri dan mentua di Singapura pada raya pertama.

“Tidak tahulah bagaimana keadaannya nanti. Mungkin ini adalah Hari Raya paling suram buat kami.

Mengakui kali terakhir berjumpa keluarga 4 bulan lalu, ziarah hari raya tahun ini akan diganti dengan panggilan video kepada keluarga di Singapura sebagai pengubat rindu.

“Bukan sahaja sedih tidak dapat berjumpa keluarga, malah terkilan tidak dapat menunaikan solat Hari Raya di masjid.

“Kami akan buat panggilan video pada pagi raya supaya dapat rasa mereka ada di sisi pada hari yang penuh bermakna itu.

“Kali terakhir saya bertemu keluarga adalah kira-kira empat bulan lalu. Ketika itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum dikuatkuasakan.

“Tentunya perasaan rindu untuk bertemu mereka membuak-buak. Namun, apakan daya, mahu atau tidak, saya kena akur dengan hakikat ini… Kena sabarlah,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media kempen Jakel Barulah Raya 2020 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Sumber : BH Online
Foto : Instagram Aaron Aziz

Komen
Loading...