Ikuti Kami:

42 Orang Peniaga Dan Pekerja Warga Asing Ditahan Sekitar Johor

42 Orang Peniaga Dan Pekerja Warga Asing Ditahan Sekitar Johor

Seramai 42 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk berniaga secara haram dalam operasi bersepadu di sekitar Johor semalam.

Lebih 10 kedai runcit juga disita dalam dalam operasi khas yang tertumpu kepada pendatang asing yang menjalankan perniagaan serta mengaji pekerja asing tanpa permit.

Warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu di beberapa kawasan Pasir Gudang terdiri daripada 38 lelaki dan empat wanita.
Mereka terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Thailand.

Antara premis yang diserbu termasuk restoran, kedai runcit, basuh kereta dan kedai tayar.

Operasi bersepadu bermula jam 3 hingga 7 petang itu disertai penguat kuasa Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Foto : VOICE

Komen
Loading...