36 Individu Termasuk Penjawat Awam Dan Pelajar UA Ditangkap Terlibat Aktiviti ‘Swinger’
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu
Seramai 36 individu, termasuk penjawat awam dan pelajar universiti awam (UA), ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pertukaran pasangan atau swinger yang dipromosikan secara dalam talian.
Penangkapan ini dilakukan dalam dua serbuan berasingan di ibu negara dan Puchong, Selangor pada Ahad dan Selasa lalu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus, menyatakan bahawa serbuan ini adalah hasil risikan sejak Jun lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dua daripada 36 individu yang ditahan adalah pemilik laman sesawang ‘Swing That Fun’ yang mempromosikan kegiatan ini secara dalam talian dan mempunyai lebih 147,000 pelanggan.- Kata Fadil Marsus dalam sidang media di Bukit Aman.
Beliau turut menjelaskan laman sesawang itu menjadi platform untuk mencari kenalan, berkongsi kandungan lucah, menyediakan perkhidmatan seks dan lain-lain dengan pakej berbayar.
Serbuan ini juga berjaya mengesan satu kumpulan yang menganjurkan aktiviti swinger ini serta mempromosikan komuniti seks bebas bagi tujuan keseronokan dan meraih keuntungan.
Kita kemudian mengesan satu kumpulan yang menganjurkan aktiviti ini (seks bebas bertukar pasangan) serta mempromosikan aktiviti persundalan itu dan membentuk komuniti seks bebas bagi tujuan keseronokan dan meraih keuntungan.
Melalui risikan, kita dapati laman sesawang itu adalah platform mencari kenalan, berkongsi kandungan lucah, menyediakan perkhidmatan seks dan lain-lain dengan pakej berbayar.
Kita kemudian mengesan satu kumpulan yang menganjurkan aktiviti ini (seks bebas bertukar pasangan) serta mempromosikan aktiviti persundalan itu dan membentuk komuniti seks bebas bagi tujuan keseronokan dan meraih keuntungan.- Katanya lagi.