Ikuti Kami:

25 Tahun Dalam Pasaran, SAJI Terus Dekati Hati Rakyat Menerusi ‘Menyala Lagi Raya’

25 Tahun Dalam Pasaran, SAJI Terus Dekati Hati Rakyat Menerusi ‘Menyala Lagi Raya’

Menduduki carta sebagai antara jenama pilihan utama isi rumah di Malaysia selama lebih 25 tahun, FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi jenama SAJI terus mengukuhkan kedudukannya di hati rakyat Malaysia dengan pelancaran kempen terbaharu, “Menyala Lagi Raya”.

​Kempen yang dirasmikan pada Rabu di Hotel Seri Pacific itu bukan sekadar sambutan bermusim, malah merupakan manifestasi komitmen FGV dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara melalui penyediaan produk berkualiti dan mampu milik.

​Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, yang hadir merasmikan majlis tersebut menyifatkan SAJI sebagai jenama yang telah berkembang melangkaui sekadar minyak masak.

​“SAJI kini adalah jenama kulinari lengkap yang memenuhi keperluan dapur moden. Dengan pengenalan video muzik ‘Menyala Lagi Raya’, kita mahu menyemarakkan kembali semangat kasih sayang dan tradisi yang menjadi inti pati sambutan Aidilfitri,” katanya.

​Video muzik berdurasi tiga minit itu menampilkan barisan bintang gah tanah air termasuk Dato’ Awie, Vanidah Imran, Nadia Aqilah, dan Anas Rizuan.

Turut membuat penampilan khas ialah pelakon berkaliber, Bront Palarae. Naskhah kreatif ini menekankan mesej bahawa Syawal adalah titik penyatuan keluarga yang tidak akan padam ditelan zaman.

​Ganjaran RM50,000 dan Pakej Umrah
​Selain pengisian kreatif, SAJI turut melancarkan Peraduan SAJI Beli & Menang yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM50,000.

​Ketua Produk Pengguna FGV Holdings Berhad, Puan Aznur Kama Azmir, menjelaskan bahawa peraduan ini adalah cara jenama itu menghargai kesetiaan pengguna selama lebih dua dekad.

​“Pengguna hanya perlu membeli produk terpilih seperti SAJI, Seri Pelangi, atau Gula Prai bernilai RM25 ke atas untuk berpeluang memenangi Pakej Umrah Super Saver atau pakej percutian setara. Ini adalah kolaborasi strategik kami bersama FELDA Travel untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan setia,” ujar beliau.

​Inovasi Digital Menerusi ‘Dance Challenge’
​Sesuai dengan gaya hidup digital masa kini, SAJI turut menganjurkan Cabaran Tarian Video Muzik SAJI di platform TikTok dan Instagram bermula 18 Mac sehingga 19 April 2026. Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dengan hanya memuat naik tarian kreatif mereka menggunakan tanda pagar #SAJIMenyalaLagiRaya.

​Dengan kepelbagaian produk daripada mi segera hingga ke aneka pes masakan, SAJI membuktikan bahawa walaupun sudah suku abad dalam pasaran, inovasi dan kedekatan dengan jiwa masyarakat tetap menjadi keutamaan bagi memastikan setiap hidangan di meja makan rakyat Malaysia terus “menyala” dengan kegembiraan.

Loading...