Ikuti Kami:

2 selamat pesawat terhempas

2 selamat pesawat terhempas

2 terselamat selepas pesawat Cessna 172 terhempas berhampiran Ladang MAIP, Sungkai, di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan, 9.46 pagi, hari ini.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu BBP Bidor dan BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Makluman awal, sebuah kapal terbang dimaklumkan jatuh berdekatan Ladang MAIP Sungkai iatu kapal terbang jenis Cessna 172 daripada Layang Layang Flying Academy.

“Mangsa adalah jurulatih penerbangan, Kapten Shahrul Imran, 30-an, dan pelatih, Le Ho Jia, 20-an,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media hari ini.

Komen
Loading...