Ikuti Kami:

2 Bulan Tak Buka Kedai, Habis Barang Berkulat Teruk!

2 Bulan Tak Buka Kedai, Habis Barang Berkulat Teruk!

Habis Berkulat! Itu antara yang terjadi terhadap sebuah kedai barangan kulit di sebuah pasaraya di Sabah.

Pengendali gedung beli-belah itu, Kumpulan The MUI mengakui berlaku kerosakan pada sebahagian barangan jualan mereka di Metrojaya Suria Sabah, namun kesal dengan penyebaran gambar terbabit yang sepatutnya untuk kegunaan siasatan dalaman sahaja.

Melalui beberapa perkongsian yang dibuat netizen di media sosial sejak semalam, tersebar beberapa gambar yang menunjukkan aksesori-aksesori dan pakaian di sebuah pasar raya dijangkiti kulat selepas ditinggalkan selama hampir dua bulan kerana PKP.

Ketua Pemasaran Kumpulan The MUI, Karen Mak berkata, ada pelbagai sebab mengakibatkan barangan di premis berkenaan dalam keadaan seperti itu, namun punca sebenar masih dalam siasatan.

Beliau berkata, semua barangan yang rosak sudah dikeluarkan daripada rak pameran dan digantikan dengan stok baharu.

“Kami menutup operasi selama hampir dua bulan sejak 18 Mac lalu sesuai dengan arahan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami mengambil langkah pencegahan yang diperlukan mengikut panduan pencegahan Covid-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan memberi jaminan pelanggan boleh membeli-belah dengan selamat di premis terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, Metrojaya Suria Sabah dijangka bakal beroperasi semula pada 13 Mei ini.

Sumber : Sabah Post

Komen
Loading...