IKLAN

199 Premis Warga Asing Telah Disita Dan Ditutup DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyita dan menutup sejumlah 199 premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan melalui Facebook memaklumkan tindakan sita dan tutup dilaksanakan di bawah Sek.101(v); Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Dalam kenyataan sama DBKL terus mempergiatkan lagi tindakan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

"Di Parlimen Titiwangsa, dengan kekuatan 5 anggota, tindakan telah dilaksanakan terhadap 2 premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

IKLAN

"Tindakan penutupan 2 premis iaitu kedai runcit dan kedai gunting rambut di No. 1 Jalan Datuk Keramat 1, Kg. Datuk Keramat telah dilaksanakan, " katanya.

Kedua-dua premis ini dikendalikan oleh warga Indonesia yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Orang ramai diseru untuk memberi maklumat mengenai warga asing menjalankan aktiviti perniagaan/penjajaan dengan menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN