IKLAN

16 Orang Ahli Keluarga Dijangkiti COVID-19 Selepas Berbuka Bersama

Jamuan berbuka puasa di Bahrain berakhir dengan 16 ahli keluarga terkena jangkitan COVID-19 dari seorang saudara yang sakit, Kementerian Kesihatan mengumumkan lewat Sabtu.

Difahamkan, pada mulanya hanya salah seorang daripada ahli keluarga itu sahaja yang positif wabak itu, namun ianya telah merebak kepada ahli keluarga lain.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Bahrain, hal ini terjadi kerana, kesemua anggota keluarga itu gagal mengikuti langkah pencegahan termasuk mengelakkan perhimpunan ramai, memakai topeng muka dan melakukan penjarakan sosial.

”Adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk mematuhi panduan dan langkah pencegahan sebagai usaha mencegah penyebaran virus.”

IKLAN

Pihak kementerian kini sedang menjalankan usaha untuk meningkatkan usaha dan memperluaskan kemampuan ujian mereka bagi memastikan keselamatan semua orang melalui pengesanan awal kes dan pengesanan kontak.

Setakat ini, Bahrain mencatatkan 4,774 kes jangkitan COVID-19, manakala 2,055 kes telah pulih dan 8 kematian turut direkodkan.

Sumber

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN