Jika anda masih anda ingat, di sekitar Mac lalu, sebuah keluarga di Kolaka, Makassar Indonesia telah bertindak menuntut jenazah seorang pesakit Covid-19 yang telah meninggal dunia sebelum bertidak membuka plastik yang membaluti jenazah lalu memandikannya
Ekoran dari itu, seluruh keluarga arwah dan kenalan terdekat yang turut membantu memandikan jenazah mangsa dilaporkan telah mengalami demam panas.
Terbaru kejadian hampir sama berulang lagi namun kali ini di Sidoarjo, Jawa Timur sehingga menyebabkan 15 orang penduduk setempat disahkan positif dijangkiti wabak maut terbabit.
Memetik Detik News Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa yang ditemui media melahirkan rasa kecewanya di atas kejadian terbabit yang dilaporkan terjadi di sekitar dua minggu lalu.
” Peristiwa ini terjadi sekitar dua minggu lalu. Ada rakyat di sebuah dusun di Waru yang meninggal akibat COVID-19.
“Namun keluarganya telah membuka keranda bahkan bertindak memandikan jenazah sehingga ada yang terjangkiti
“Ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim Waru mati akibat Covid-kata Khofifah kepada media.
Penguasa itu turut berharap kejadian seperti itu tidak berulang kerana proses pengebumian mayat pesakit positif Covid-19 sangat ketat.
“Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi,” katanya.
Dalam pada itu Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengakui dia terlewat mengetahui mengenai perkara terbabit namun mengesahkan memang terdapat kecuaian.