Ikuti Kami:

11 Warga Asing Ditahan Memiliki MyKad Palsu

11 Warga Asing Ditahan Memiliki MyKad Palsu

11 orang pekerja warga asing ditahan dalam satu operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) Jabatan Pendaftaran Negara selepas didapati memiliki kad pengenalan palsu.

Operasi Terancang di sekitar Shah Alam semalam yang bermula jam 7.00 pagi itu disertai 20 orang anggota penguatkuasa JPN Putrajaya. Objektif operasi kali ini adalah bertujuan mencegah dan membanteras pemalsuan dan penyalahgunaan kad pengenalan diri.

Operasi dilaksanakan ke atas sebuah kilang di Jalan Bukit Kemuning Batu 6 Shah Alam seteleh menerima aduan awam yang memaklumkan terdapat pekerja di kilang tersebut menggunakan kad pengenalan palsu.

“Pemeriksaan ke atas pekerja kilang berkenaan berjaya menahan sebelas (11) orang pekerja warga asing kerana didapati melakukan kesalahan memiliki kad pengenalan palsu. Kesemua OKT akan didakwa di mahkamah Shah Alam pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak Pengurusan kilang adalah diingatkan supaya memastikan mereka yang diambil bekerja mestilah mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“JPN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati terlibat dalam kegiatan sebegini. Operasi penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras penyalahgunaan dokumen kad pengenalan,” tambhanya lagi.

Orang ramai diseru untuk tampil memberikan maklumat berhubung sebarang penyelewengan dengan mengemukakan maklumat lanjut berkenaan ke emel rasmi JPN iaitu [email protected].

Foto : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Komen
Loading...