IKLAN

10,000 Helai Kurta Telah Siap "Syukur, Doakan Ya" - Ustaz Ebit Lew

Selepas menyeru mencari 100 tukang jahit bagi memenuhi tempah, harini kurta keluaran ustaz Ebit Lew telah berjaya disiapkan.

Ebit lew turut memanjatkan rasa syukur dan memohon doa orang ramai di laman Instagram nya.

“Pohon doakan yer…syukur 10 ribu helai kurta @elews_design dah siap.

“Sekejap jer habis baru ini. Teima kaseh sokongan dan doa. Baru restock. Syukur.

“Siapa nak beli kurta boleh beli di link di shopee. Ada link di story. Online sahaja. Butik tutup,” tulisnya.

IKLAN

Mengakui pernah berdepan pelbagai ujian sebelum ini, pendakwah Ustaz Ebit Lew zahir rasa syukur apabila butik miliknya Elew’s Design mendapat tempahan luar biasa.

Menurutnya, jumlah produksi pakaian sebelum ini sudah habis dibeli pelanggan malah beliau juga telah menambah banyak lagi jumlah kurta untuk dijual secara dalam talian.

Ebit yang kelihatan amat syukur itu turut berterima kasih kepada pengikutnya atas segala sokongan yang diberikan.

Tambahnya lagi, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pembelian hanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja kerana butiknya ditutup buat sementara waktu.

Selain mendoakan kesejahteraan pendakwah ini agar sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus berbakti dalam melakukan kerjanya amalnya, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut gembira dengan berita berkenan dan kelihatan tidak sabar untuk membelinya.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN