IKLAN

1,000 Lot Niaga Untuk Golongan Muda Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19

1,000 lot perniagaan akan diwujudkan seperti kios dan 'food truck' kepada golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan akibat wabak COVID-19.

Permohonan secara atas talian akan dibuka kepada pemohon mulai 1 Julai dan kementerian akan bertindak tegas memastikan tiada pihak mengambil kesempatan termasuk menyewakannya kepada warga asing.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata kesemua lot perniagaan baharu itu akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di ibu negara dan Putrajaya dengan bayaran sewa bulanan yang berpatutan.

Annuar berkata sebahagian kios berkenaan telah siap disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain peniaga boleh membina kios sendiri mengikut saiz dan reka bentuk yang telah dipersetujui.

"Pembinaan kios kali ini mesti cantik sebagai tarikan kepada pelancong dan kita mahu ia tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan masalah kepada peniaga lain dan paling penting adalah aspek kebersihan yang mesti diutamakan," katanya.

IKLAN

Selain itu, 400 lot lagi adalah untuk trak makanan di lokasi yang kita rasakan sesuai manakala 200 lagi adalah lot di dalam pusat membeli belah seperti di Berjaya Times Square dan sebagainya," katanya seperti dilaporkan Bernama.

"Buat permulaan ini, 400 kios kecil dan besar akan ditempatkan di kawasan strategik seperti tempat pejalan kaki dan tumpuan pelancong di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bintang Walk, Little India dan sekitar Bangunan MARA dan termasuk perhentian bas di ibu negara dan Putrajaya.

Terdahulu dalam laman Twitternya Annuar Musa telah mengumumkan akan memberi lesen kepada lebih 60 penjaja di Jalan Taman Setapak Indah yang menjaja di bahu jalan itu.

Hasil tinjauan yang dibuat, Annuar Musa berpuas hati dengan peniaga disitu dan mengingatkan agar tiada orang tengah yang mengambil kesempatan.

Pada awal Jun, Annuar Musa telah menyerahkan lesen peniagaan kepada peniaga 'food truck' Che Nah yang telah menanti selama 35 tahun.

Che Nah yang berniaga nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak dan kuih-muih menyifatkan pemberian lesen perniagaan itu sebagai hadiah yang berharga selepas terpaksa menunggu dalam masa yang lama.

BACA : Makcik Ini Sujud Syukur Setelah Menerima Lesen Dari Menteri Wilayah Selepas Penantian 35 Tahun

Foto : MalaysiaGazette, Facebook Annuar Musa.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN