Ikuti Kami:

Zamarul Hisham Umum Diana Rafar Hamil 5 Bulan

Zamarul Hisham Umum Diana Rafar Hamil 5 Bulan

Zamarul Hisham hari ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga dalam hantaran di laman instagram beliau sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-38.

Dalam hantaran yang mendapat hampir 5,000 tanda suka itu, Zamarul juga meluahkan rasa syukur dipertemukan jodoh dengan Diana yang menjadi permaisuri hidupnya.

“Selamat hari kelahiran buat bidadariku Diana Rafar terima kasih Allah kerana menjadikan dia permaisuri hidupku.

Zamarul Hisham juga mendoakan isterinya diberi kesihatan yg baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT.

“Semoga diberi kesihatan yang baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT.

Dalam hantaran yang sama, Zamarul juga memohon didoakan kesejahteraan Diana dan baby dalam kandungannya yang kini berusia lima bulan.

“Alhamdulillah kini hamil lima bulan, doakan kesejahteraan Diana dan baby semoga diberi kesihatan yang baik,” tulisnya

Masih belum mendedahkan jantina anak dalam kandungan isterinya, semoga Diana dan baby dalam kandunganya sentiasa dilindungi Allah.

Tinjaun di ruangan komen, rata-rata pengikut Zamarul menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan itu malah turut mendoakan supaya isteri serta anak dalam kandungannya Diana dalam keadaan sihat.

Zamarul dan Diana telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.

Sumber  : Instagram Zamarul Hisham

Komen
Loading...