Ikuti Kami:

“Why Bukak Tudong?” – Ini Jawapan Liyana Jasmay

“Why Bukak Tudong?” – Ini Jawapan Liyana Jasmay

Penampilan pelakon, Liyana Jasmay yang tidak mengenakan tudung ternyata masih menjadi perhatian netizen di laman media sosial.

Dalam satu hantaran di laman Instagram nya Liyana Jasmay turut ditanya peminat tentang perkara itu.

“Why bukak tudong?,” tulis individu tersebut. Lalu, bintang Kami The Movie itu dilihat memberikan reaksi emoji berbentuk hati terhadap komen yang ditinggalkan.

Liyana dilahirkan pada 28 Mac 1988 di Kuantan, Pahang dan mulai mengenakan berhijab sepenuhnya sekitar tahun 2017 sebelum ini.

Terdahulu, beberapa perkongsian fotonya di platform sama sebelum ini perihal imejnya yang menampakkan rambut mendapat reaksi pelbagai wargamaya.

Foto: Instagram Liyana Jasmay

Komen
Loading...