Ikuti Kami:

Wanita Terkejut Terima AirPods Gergasi

Wanita Terkejut Terima AirPods Gergasi

Seorang wanita dari dubai terkejut selepas menerima satu AirPods gergasi setelah membuat pesanan Laman e-dagang Amazon.

Difahamkan AirPods yang dibeli wanita bernama Aleezay itu adalah dari Amazon dan ia sebenarnya barang tiruan serta dijual dengan harga hanya £50 (RM268.76) sahaja.

Dengan harga sebegitu wanita dari Dubai ini membayangkan dia akan mendapat AirPods yang boleh digunakan dengan saiz yang biasa, namun apabila yang sampai kotaknya agak besar membuatkan dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Setelah dibuka kotak tersebut Aleezay sangat terkejut melihatkan saiz AirPods gergasi tersebut yang sebenarnya adalah hanya replika. Punyalah besar, Air Pods gergasi itu bersaiz kepala wanita tersebut!

Biarpun kisah wanita ini agak kelakar, namun inilah yang dikatakan kekurangan membeli secara dalam talian. Biarpun begitu untuk membeli secara dalam talian haruslah bijak dalam memilih. Jika barangan sebegini dapat dengan harga terlalu murah, janganlah mudah terlalu percaya.

Komen
Loading...