Ikuti Kami:

Video Marah Dan Jeling Kru Konsert Siti Nurhaliza Raih Perhatian

Video Marah Dan Jeling Kru Konsert Siti Nurhaliza Raih Perhatian

Satu klip video memaparkan kelakuan Datuk Seri Siti Nurhaliza beberapa saat sebelum dia muncul di pentas konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Amboi TokTi siap jeling!

Klip pendek tersebut, mendapat perhatian ramai warganet yang seperti mengusik TokTi kerana kelihatan garang dan tegas sewaktu berkomunikasi dengan kru yang bertugas di belakang pentas.

Menerusi rakaman itu, TokTi dilihat menegur tentang alat monitor telinga yang belum dipasang dan aksinya seperti menjeling ke arah kru tersebut menjadi bualan netizen.

Marah pun comel

Di media sosial, video tersebut mendapat perhatian di mana ramai yang berpendapat TokTi masih nampak lemah lembut meskipun ketika marah.

Bukan itu sahaja, rata-ratanya berpendapat TokTi bukanlah memarahi seperti menengking namun hanya bersikap tegas kerana komited dengan kerjanya.


Sementara itu, TokTi sendiri telah memberikan respon terhadap video tular tersebut dan berseloroh mengatakan itulah masanya peminat boleh tengok dirinya menjadi ‘singa’.

Komen
Loading...