Ikuti Kami:

Usanita Entertainment Perkenal Fattah Amin & Sophia Albarakbah Sebagai Wajah Baharu 2025

Usanita Entertainment Perkenal Fattah Amin & Sophia Albarakbah Sebagai Wajah Baharu 2025

Usanita Sdn Bhd, melalui cabang baru mereka, Usanita Entertainment, dengan bangga mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai Duta Eksklusif dan Sophia Albarakbah sebagai Wajah Baharu untuk tahun 2025.

Langkah ini menandakan komitmen berterusan Usanita dalam memperkasa industri kreatif tempatan dan mempromosikan bakat seni Malaysia ke peringkat global.

Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, menyatakan bahawa pelantikan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah sebagai duta dan wajah baharu mencerminkan komitmen Usanita untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui platform digital inovatif.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Usanita Entertainment bakal melancarkan drama bersiri pertama mereka, yang akan disutradarai oleh Erma Fatima.

Drama ini akan menampilkan Fattah dan Sophia sebagai watak utama, dan ia akan disiarkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita, memberikan pengalaman tontonan baharu kepada penonton.

Di samping itu, Usanita turut mengumumkan kesinambungan program Bridge to Brilliance 3.0, yang akan berlangsung di Oxford, London pada Februari 2025.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan perbincangan tentang kepimpinan dan keusahawanan sosial. Datuk Adzliana juga akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang menganjurkan sesi townhall di Oxford.

“Program ini menyediakan ruang bagi pemimpin dan usahawan sosial global untuk berkongsi idea yang dapat membawa perubahan positif,” tambah Datuk Adzliana.

Dengan inisiatif-inisiatif ini, Usanita Entertainment terus berusaha untuk memperkukuh hubungan antara industri kreatif Malaysia dengan masyarakat global, sambil memperkenalkan bakat tempatan ke peringkat antarabangsa.

Foto Oleh: Pa Pa Din.

Komen
Loading...