Ucapan Hari Lahir Fattah kepada Fatima Menyentuh Hati Peminat
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu
KUALA LUMPUR: Titipan ucapan hari lahir buat puteri tersayang, Nur Fatima Aisya yang dimuat naik pelakon Fattah Amin mengundang sebak di hati peminat.
Biarpun hanya ucapan ringkas sempena hari jadi Fatima yang keempat, namun ia dikatakan sampai ke hati pengikutnya. Dalam hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Fattah turut meluahkan kerinduan terhadap anak tunggalnya itu.
“Selamat hari lahir anakku Nur Fatima Aisya Abdul Fattah. Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Daddy misses you,” tulisnya ringkas.
Antara komen ditinggalkan pengikutnya dalam IG mengatakan kapsyen Fattah ringkas, tetapi sedih apabila dibaca. Seorang lagi peminat meninggalkan komen tersentuh dengan ucapan Fattah.
“Tak tahu kenapa, lebih tersentuh baca posting daddy.”
“Selamat hari lahir Nur Fatima Aisya Abdul Fattah. Semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah membesar menjadi anak solehah. Aamin,” komen salah seorang peminat.
Kes perceraian mereka ditangguh pada 7 Oktober ini. Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.