Ikuti Kami:

Tun M Mengemukakan Usul Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin

Tun M Mengemukakan Usul Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin

Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof yang merupakan Speaker Dewan Rakyat, hari ini memaklumkan telah menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengemukakan usul itu pada 4 Mei lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3).

Mohamad Ariff dalam berkata, pihaknya telah menerima empat usul dari Ahli-ahli Parlimen sejak Notis Memanggil Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Rakyat dikeluarkan pada 17 April lalu.

“Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat.” 

 

Dia berkata usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) itu diterima kerana ia antara perkara demi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat kelak.

Semalam, Mohamad Arif telah menolak permohonan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan. Dia menolak pembentangan usul itu kerana tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagan Persekutuan yang turut mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan melantik Perdana Menteri.

Dewan Rakyat dijangka bersidang sehari pada 18 Mei ini sebelum dijangka disambung semula pada Julai nanti.

Komen
Loading...