Ikuti Kami:

Tim Menteri Kesihatan 1, Dr Noor Azmi Ghazali Mengakui Kekhilafan.

Tim Menteri Kesihatan 1, Dr Noor Azmi Ghazali Mengakui Kekhilafan.

PUTRAJAYA, 20 April  – Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengakui kekhilafan berhubung kehadiran di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak pada Jumaat lepas.

Dalam satu kenyataan media di sini, ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata
beliau bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan. 


Melalui kenyataan itu, Dr Noor Azmi juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia behubung insiden itu yang didakwa telah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 “Saya memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung kehadiran di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak pada Jumaat lepas, selepas lawatan rasmi ke Klinik Kesihatan Lenggong. 

“Saya juga amat menghargai pengorbanan besar yang dilakukan oleh barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, warga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dalam usaha memerangi wabak Covid-19 ini. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda semua,” katanya.

Beliau selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya petang tadi berhubung lawatannya pada Jumaat lepas ke Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong, Perak.

Komen
Loading...