Ikuti Kami:

Tiada Kes Kematian, Kes Terbaru COVID-19 Hari Ini Meningkat Kepada 277

Tiada Kes Kematian, Kes Terbaru COVID-19 Hari Ini Meningkat Kepada 277

Pada hari ini, kes COVID-19 dalam negara kembali meningkat kepada 277 kes baru selepas kita berjaya mengekalkan angka kes rendah sejak kebelakangan ini. Namun daripada 277 kes terbaru ini, seramai 271 adalah bukan warganegara manakala baki selebihnya adalah rakyat Malaysia.

Sebanyak empat kes warganegara dilaporkan dari N. Sembilan dengan 2 kes sementara 1 kes masing-masing dari Selangor dan Pahang. Manakala bagi 271 kes yang melibatkan bukan warganegara pula dilaporkan dari Kuala Lumpur.

Dua daripada kes terbaru yang dilaporkan adalah merupakan kes import.

Sementara itu, bagi status kesembuhan kes setakat hari ini menunjukkan sebanyak 28 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini. Sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,559 (bersamaan 79.53%).

Bagi laporan kluster kes COVID-19 di Malaysia pula, hanya ada stau kluster yang masih menerima kes positif yang baru. Kluster DTI Bukit Jalil melaporkan 270 kes terbaru.

KKM juga memberitahu hanya saringan COVID-19 Tahfiz / Madrasah dan Pasar yang melaporkan kes baru ( masing-masing 2 kes) manakala saringan COVID-19 warga emas tidak melaporkan kes baru.

Komen
Loading...