Ikuti Kami:

The Fatalis Lancar Album Quasssar di Rumah Tangsi

The Fatalis Lancar Album Quasssar di Rumah Tangsi

The Fatalis, sebuah kugiran garage-rock revival yang turut disuntik elemen hardcore punk, bakal melancarkan album kedua mereka bertajuk Quasssar dalam sebuah acara istimewa bertempat di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, pada Jumaat, 27 Disember 2024, jam 8:30 malam.

The Fatalis akan mempersembahkan lagu-lagu terbaru mereka dari album Quasssar, menampilkan gabungan riff fuzz berat, vokal mentah, dan elemen rock alternatif.

Band ini dijangka mengubah ruang Rumah Tangsi yang penuh sejarah menjadi medan bunyi yang memukau, di mana setiap nota akan bergema melalui seni bina klasik bangunan tersebut.

Penampilan khas:

Hawa, diterajui oleh Eff (bekas ahli Pastel Lite), membawa aura indie rock dan alternatif yang segar.

Ibnu Rizzla, dengan Mat Bunga doom dan hard rock yang menghancurkan jiwa.

Acara ini juga menawarkan pengalaman unik apabila pengunjung dapat menikmati kopi tempatan daripada Kopi Saigon, menambahkan dimensi lain kepada malam penuh nostalgia dan muzik.

Disokong oleh Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, pelancaran ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga pertembungan antara seni, sejarah, dan bunyian moden.

The Fatalis menjanjikan pengalaman sekali seumur hidup yang menggabungkan bunyi fuzz berat dengan warisan bandar Kuala Lumpur.

Harga tiket:

RM35 (https://wa.link/6eyt40)

RM50 (di pintu masuk)
Setiap tiket akan menerima:

1x button badge

1x poster bersaiz A2

1x kopi percuma daripada Kopi Saigon (selagi stok masih ada).

Jemput hadir dan alami malam yang epik bersama The Fatalis!

Komen
Loading...