Ikuti Kami:

Sebak, Inilah PM Pertama Ketuai Takbir Raya

Sebak, Inilah PM Pertama Ketuai Takbir Raya

Gembira bercampur sebak, itulah reaksi warganet apabila melihat video rakam takbir oleh anggota pertadbiran kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan pertama kali takbir raya diketuai oleh seorang Perdana Menteri.

Perdana Menteri mengetuai bacaan takbir yang turut dihadiri oleh menteri kabinet lain bersama pimpinan kerajaan, dengan mengikut penjarakan sosial.

Antara yang kelihatan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.


Mendengar alunan takbir penuh syahdu Tan Sri Muhyiddin Yassin, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak bercampur terharu kerana berbangga Perdana Menteri sendiri mengetuai takbir raya.

Umum tahu perasaan rata-rata seluruh umat Islam di Malaysia yang menyambut hari raya puasa pada tahun ini, apabila ramai dalam kalangan tidak dapat berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Meninjau komen dia sosial media, didapati ramai yang terharu dan bangga dengan takbir raya pada tahun ini.

Sayu pertama kali dengar PM ketuai takbir

Inilah pemimpin yang kita mahukan

Ni negara Islam yang sepatutnya

Rakaman ini dibuat sebelum beliau dikuarantin selepas salah seorang daripada pegawai tinggi kerajaan disahkan positif COVID-19 dalam mesyuarat pasca kabinet pada Rabu.

Komen
Loading...