Ikuti Kami:

Sarah Nafi Menunjuk Keputusan Anak – “Saya Tak Menunjuk, Hanya Kongsi Berita Gembira.”

Sarah Nafi Menunjuk Keputusan Anak – “Saya Tak Menunjuk, Hanya Kongsi Berita Gembira.”

Selebriti terkenal, Puteri Sarah, menafikan dakwaan bahawa dia cuba menunjuk kejayaan akademik anaknya, Syaikul, di platform media sosial.

Meskipun ramai yang berkongsi rasa bangga atas pencapaian Syaikul, terdapat segelintir pihak yang menuduh Sarah, 39, seolah-olah mempamerkan kejayaan itu untuk meraih perhatian.

“Saya tak menunjuk.  Saya cuma kongsi berita gembira. Itu rezeki anak saya. Saya pasti anak-anak orang lain pun ada rezeki masing-masing yang membanggakan,” jelas Sarah.

Sarah menyatakan bahawa tidak perlu berfikir negatif tentang kejayaan anak-anak, sebaliknya menggalakkan semua orang mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Sarah akui menekankan kepentingan akademik anak-anaknya, meskipun sering sibuk dengan jadual kerjanya yang padat.

“Ya, saya sangat pentingkan akademik mereka. Walaupun sibuk macam mana pun, saya tak pernah abaikan pelajaran anak-anak, termasuk juga pendidikan agama dan peranan saya sebagai ibu.” katanya.

Sarah juga mendedahkan bahawa dia sentiasa memantau perkembangan anak-anaknya.

“Setiap bulan, memang ada sesi berbincang tentang keputusan mereka. Walaupun mereka bersekolah, pelajaran sekarang masih mencabar. Jadi, kita sebagai ibu bapa kena pantau. Kalau kita tak monitor, siapa lagi yang nak buat?”

Ditanya reaksi bapanya, Syamsul Yusof terhadap keputusan cemerlang Syaiqul, Sarah menyatakan bahawa walaupun mereka berbangga, dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap kedua-dua anak mereka.

“Dia gembira, sudah tentu. Tapi sebagai ibu bapa, kita tak boleh beri terlalu banyak tekanan kepada anak-anak. Kalau tak dapat keputusan seperti yang diharapkan, tak apa. Yang penting, kita dah cuba yang terbaik.”

Sebagai makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, pada 8 Mac 2014.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Komen
Loading...