Ikuti Kami:

Pos Malaysia Tampil Penjelasan Berkenaan Isu Bonus Pekerja

Pos Malaysia Tampil Penjelasan Berkenaan Isu Bonus Pekerja

Selepas tular gambar posmen yang dikatakan kecewa selepas mengetahui tidak menerima bonus walaupun pemintaan penghantaran meningkat pada musim PKP ini.

Pos Malaysia tampil memberi penjelasan bahawa walaupun tanggapan orang ramai bahawa lonjakan jumlah bungkusan semasa PKP sebenarnya ia tidak cukup untuk menampung impak keseluruhan disebabkan pandemik COVID-19.

Pos Malaysia juga berusaha menjaga kebajikan 15,000 pekerjanya dan berusaha gigih bagi memastikan masa depan para kakitangannya.

“Walaupun Pos Malaysia menghadapi masa yang sukar, kami terus berusaha untuk menjaga kebajikan lebih 15,000 pekerja barisan hadapan dan pekerja sokongan operasi dan memastikan keperluan mereka diutamakan.

“Di ketika pelbagai sektor lain negara ini yang terjejas teruk melaksanakan pemotongan gaji, pengurangan pekerjaan atau langkah-langkah drastik yang lain, kami terus berusaha gigih bagi memastikan masa depan para kakitangan ini dilindungi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Pos Malaysia mengakui tidak dapat menghalang segala persepsi tapi memberi jaminan kepada semua bahawa kami sentiasa mementingkan kebajikan kakitangan kami dan memberi sokongan sebaik yang mungkin pada masa ini.

Foto :  Sosial Media

 

Komen
Loading...