Ikuti Kami:

Polis Tingkat Keselamatan Guna Skuter Elektrik Di Lapangan Terbang – KP Selangor

Polis Tingkat Keselamatan Guna Skuter Elektrik Di Lapangan Terbang – KP Selangor

Beberapa langkah penambahbaikan akan diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan lapangan terbang dan kecekapan anggota polis termasuk penggunaan skuter elektrik, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata penggunaan skuter elektrik atau self-control scooter telah dirancang pada awal tahun ini dan kerajaan Selangor bersetuju untuk membeli peralatan berkenaan untuk kegunaan polis Selangor.

“Kalau orang bawa mercun masuk lapangan terbang kita tak boleh tahan sebab itu tempat awam. Di lapangan terbang ada kawasan larangan (airside) dan kawasan terbuka (landside)

“Jadi mungkin di situ kena ketatkan supaya orang tidak bawa barang terlarang yang bahayakan orang awam dan mereka ke lapangan terbang terancam,” katanya.

Hussein berkata tahap keselamatan di lapangan terbang juga akan disemak semula supaya insiden seperti kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 baru-baru ini dapat dicegah lebih awal.

Pada masa sama, beliau berkata cadangan lain termasuk lorong berhampiran pintu balai ketibaan dan pelepasan tidak patut dibuka kepada orang awam yang  boleh mendedahkan kepada risiko lebih tinggi kerana orang boleh parkir kenderaan dan masuk secara mudah.

“Ini cadangan pihak polis dari dulu lagi. Dulu kita tak bagi orang awam masuk sebab faktor keselamatan. Ia menggugat keselamatan di kawasan lapangan terbang kerana orang boleh memandu dan beberapa langkah dia masuk tanpa kawalan,” katanya.

Sumber
Komen
Loading...