Ikuti Kami:

Polis Buru Individu Sebar Rakaman CCTV Kes Simbah Asid Faisal Halim

Polis Buru Individu Sebar Rakaman CCTV Kes Simbah Asid Faisal Halim

Polis Selangor dilaporkan telah membuka kertas siasatan dan kini memburu pihak yang menyebarkan rakaman video CCTV yang memaparkan insiden simbah asid terhadap Faisal Halim.

KP Selangor, Datuk Hussein Omar Khan baru-baru ini mengesahkan bahawa video tersebut merupakan salah satu bahan bukti dalam kes yang masih disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan berikutan pendedahan maklumat yang tidak sah.

Selain itu, ia juga turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM1 juta dan penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Datuk Hussein juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut kepada awam bagi menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Komen
Loading...