Ikuti Kami:

PM Singapura Umum berundur 15 Mei, diganti TPM

PM Singapura Umum berundur 15 Mei, diganti TPM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyerahkan teraju pucuk pimpinan Singapura kepada Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, pada 15 Mei ini.

Wong akan menjadi Perdana Menteri keempat Singapura selepas beliau mengangkat sumpah di Istana pada 8 malam pada hari tersebut.

Tarikh penyerahan itu diumumkan menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 15 April.

Kenyataan itu berkata Lee akan menyerahkan jawatannya itu kepada Wong pada 15 Mei.

Selain menjadi pilihan Lee, Wong, juga telah mendapat sokongan penuh para Anggota Parlimen (AP), yang sebulat suara memilih beliau sebagai calon paling sesuai mendukung jawatan Perdana Menteri Singapura yang keempat dan menerajui pasukan pemimpin generasi keempat (4G) kata kenyataan tersebut.

Lee, 72 tahun, meletak jawatan selepas menyandang jawatan Perdana Menteri selama 20 tahun.

Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga Singapura pada 12 Ogos 2004 bagi menggantikan Goh Chok Tong.

Pada November 2023, Lee mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk berundur sebelum pilihan raya umum 2025 dan akan digantikan oleh Wong, 51 tahun.

Walaupun telah memberi bayangan tentang rancangan meletak jawatan itu sejak tahun lalu, Lee telah membiarkan tarikh peralihan itu sebagai satu tanda tanya.

Sumber
Komen
Loading...