Ikuti Kami:

PM, 34 Pegawai Selesai Kuarantin

PM, 34 Pegawai Selesai Kuarantin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesemua 34 pegawai kerajaan yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet yang sebelum ini dikenakan kuarantin 14 hari di rumah, sudah dibenarkan memulakan tugas di pejabat, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka menamatkan tempoh kuarantin yang bermula 21 Mei lalu susulan seorang pegawai didapati positif COVID-19.

“Ujian calitan dijalankan terhadap kesemua mereka dan didapati negatif. Oleh itu, esok, mereka boleh memulakan semula tugas di pejabat,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini semalam.

Beliau berkata keadaan pegawai yang sebelum ini didapati positif, sudah semakin baik dan ujian calitan mendapati ia negatif.

Komen
Loading...