Ikuti Kami:

PJ Old Town Dikenakan PKPD

PJ Old Town Dikenakan PKPD

Selepas tular malam semalam gambar anggota keselamatan negara dilihat memasuki kawasan yang lebih dikenali sebagai “Pasar Old Town”, harini kerajaan mengesahkan kawasan itu dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa hari ini sehingga 23 Mei.

Pihak berkuasa termasuk anggota tentera dilihat memasang pagar kawat duri untuk menyekat beberapa laluan ke pasar itu dan kedai berhampiran, termasuk stesen bas.

Ia susulan 26 kes positif COVID-19 berkaitan dengan pasar ini dilaporkan

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan.

Ismail berkata, aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah akan dilakukan sepanjang PKPD berkuat kuasa.

“Semua penghuni diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas Kementerian Kesihatan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.”

Katanya, penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan PKP Petaling Jaya 016-980 9389 atau pusat kawalan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya 03-7966 2222.

Individu yang pernah ke pasar itu antara 5 hingga 18 April lalu dan membeli makanan laut di sana diminta menjalani ujian saringan kesihatan.

Ini adalah kawasan ke-8 yang dikenakan PKPD dan ia membabitkan 3 zon:

Zon A

Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B

Jalan 2/29, Petaling Jaya
Jalan 2/29A, Petaling Jaya
Jalan 2/27, Petaling Jaya
Jalan 2/32, Petaling Jaya
Jalan 2/25, Petaling Jaya
Jalan 2/26, Petaling Jaya
Jalan 2/34, Petaling Jaya
Jalan 2/34A, Petaling Jaya
Jalan 2/23, Petaling Jaya
Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C

Jalan Selangor, Petaling Jaya
Lorong 3/57D, Petaling Jaya
Lorong 3/57C, Petaling Jaya
Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

Terdahulu pada 27 April lalu pasar basah itu diarahkan tutup selepas seorang peniaga berusia 51 tahun di bahagian makanan laut positif COVID-19.

Komen
Loading...