Ikuti Kami:

Penunggang Motosikal Dapat Ganti rugi RM721,000 Sebab Jalan Berlubang

Penunggang Motosikal Dapat Ganti rugi RM721,000 Sebab Jalan Berlubang

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang, di Pasir Gudang, tiga tahun lalu, berjaya memperoleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan.

Ia selepas Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Februari lalu, memerintahkan syarikat yang dilantik kerajaan negeri itu, membayar kos berkenaan kepada Razali @ Mohd Leey Subeh, 49.

Berdasarkan alasan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Sabtu lalu, Hakim, Sazlina Safie berkata, Razali selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya, apabila syarikat terbabit gagal memfailkan sebarang hujahan bertulis atau lisan, sehingga ke tarikh keputusan berkenaan dibuat.

Katanya, lubang itu masih kekal rosak, tanpa sebarang pembaikan, sejak kejadian berlaku pada 11 Februari 2021 sehingga kerja-kerja penggalian pada 29 September 2022.

Selain itu beliau berkata, syarikat berkenaan selaku defendan pertama telah memplidkan kenyataan yang bercanggah, bahawa mereka tidak menjumpai lubang di jalan tersebut.

Bagaimanapun katanya, kerosakan didapati wujud akibat kerja-kerja kemudahan awam.

Susulan itu hakim ini berkata, mahkamah mendapati isu jalan berlubang di tempat kejadian telah dibuktikan dan diakui oleh defendan.

“Tidak dinafikan bahawa kecederaan yang dialami plaintif, adalah disebabkan kemalangan antara plaintif dengan kenderaan lain, tetapi jika tidak kerana plaintif terjatuh ke lubang dan hilang kawalan, kemalangan berkenaan tidak akan berlaku.

Sumber
Komen
Loading...