Ikuti Kami:

One Love Music Festival Janjikan Pengalaman Muzik 12 Jam Tanpa Henti di MAEPS Serdang

One Love Music Festival Janjikan Pengalaman Muzik 12 Jam Tanpa Henti di MAEPS Serdang

Tuff KL hari ini mengumumkan penganjuran One Love Music Festival, festival muzik terbesar yang bakal berlangsung pada 21 Disember 2024 di Dewan A, MAEPS Serdang.

Festival ini diadakan untuk menyatukan peminat muzik dari pelbagai latar belakang di bawah satu platform yang menjanjikan pengalaman 12 jam muzik tanpa henti dengan menampilkan 12 artis popular dari Malaysia dan Indonesia.

Antara artis yang bakal memeriahkan pentas termasuk Kugiran Masdo, Hujan, Insomniacks, Bunkface, Drama Band, 53 Universe, serta kumpulan Gerhana Ska Cinta yang terkenal sebagai pencetus irama ska di Malaysia.

Tidak ketinggalan, penyanyi popular dari Indonesia seperti Feby Putri, Nadin Amzah, Nabila Taqiyyah, dan Salma Salsabil turut dijadualkan membuat persembahan.

Muhammad Zul Aqil, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tuff KL turut berkongsi perjalanan Tuff KL yang telah berkembang daripada menjual merchandise kepada penganjuran acara besar seperti One Love Music Festival.

“Sejak bermula pada tahun 2021, kami telah berkembang daripada menjual merchandise kepada penganjuran acara besar seperti ini.

“One Love Music Festival adalah satu gerakan yang bertujuan untuk menghubungkan pelbagai lapisan masyarakat melalui muzik dan mengeratkan perpaduan,” katanya.

Encik Hassan Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif MOVETI oleh AirAsia MOVE, selaku penaja utama, menyatakan kegembiraan atas kerjasama dengan Tuff KL bagi One Love Music Festival.

“One Love Music Festival berpotensi menyatukan peminat dan artis melalui bakat tempatan dan antarabangsa yang luar biasa.

“Kami ingin menyediakan kemudahan kepada para peminat untuk menempah tiket acara, penerbangan, penginapan dan perjalanan dengan mudah melalui aplikasi AirAsia MOVE.” katanya.

Kerjasama Tuff KL dengan lebih 20 universiti awam dan swasta serta 50 influencer tempatan turut memperlihatkan pendekatan inovatif dalam menarik minat generasi muda terhadap festival ini.

Dengan strategi penjenamaan ini, mereka bukan sahaja menginspirasi golongan muda tetapi juga memperkukuh hubungan komuniti serta kebanggaan terhadap seni dan budaya tempatan.

Menjelang acara terbesar tahun ini, keterujaan semakin terasa. Tuff KL, dengan sokongan Dzili Empire dan rakan strategik lain, berhasrat menjadikan One Love Music Festival sebagai sebuah festival yang tidak dapat dilupakan, di mana muzik menjadi penghubung bagi masyarakat dari pelbagai latar belakang.

Dengan lebih 4,000 tiket telah terjual, sambutan luar biasa terhadap festival ini semakin dirasai.

Pelbagai kategori tiket ditawarkan bagi memenuhi pilihan pengunjung, termasuk tiket Early Bird (Berdiri) pada harga RM55, General Admission RM150, Rockzone RM169, dan pakej Meet & Greet eksklusif pada harga RM450 yang terhad kepada 50 peminat sahaja.

Tiket boleh dibeli melalui laman web www.ticketmelon.com/olmfest.

Komen
Loading...