Ikuti Kami:

Nike Derma 30,000 Pasang Air Zoom Pulse Kepada Pekerja Kesihatan

Nike Derma 30,000 Pasang Air Zoom Pulse Kepada Pekerja Kesihatan

Sebagai penghargaan kepada semua frontliner yang bertungkus lumus memerangi COVID-19 di seluruh dunia, Nike akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan Good360 di Amerika Syarikat dan organisasi tempatan di seluruh Eropah untuk menyumbangkan lebih dari 140,000 kepingan kasut, pakaian dan peralatan di seluruh dunia.

Usaha ini sebagai tanda terima kasih kepada semua pekerja profesional penjagaan kesihatan.

Sumbangan ini termasuk 30,000 pasang kasut Air Zoom Pulse kepada frontliner di Eropah dan Amerika Syarikat yang sedang hebat dilanda pandemik ketika ini.

Mereka juga akan mendermakan 95,000 pasang stokin sukan, 3500 helai pakaian Dri-FIT dan 1100 set barangan Nike yang menjadi sebahagian daripada dana lebih $25 million yang dibangunkan oleh Nike untuk membantu usaha ini.

Komen
Loading...