Netizen Persoal Lakonan Sheila Rusly Dalam “Bukan Gadis Biasa”
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Tempisan dari lakonan hebat di dalam drama “Bukan Gadis Biasa”, watak Opah Aminah yang dilakonkan oleh Sheila Rusly dipersoalkan kerana solekan kesan khas yang terpahat di anggota badannya tidak sesuai dengan umur watak berkenaan.
Sheila Rusly dikritik kerana dikatakan hanya memberikan fokus solekkan tersebut di bahagian wajah sahaja namun seakan tidak peduli di bahagian tangan.
Sependapat dengan itu, komen berkenaan menyatakan yang berkemungkinan solekan tersebut seolah tidak jelas jika ditonton di kaca televisyen, namun tetap menghargai hasil kerja keras yang dilakukan oleh mereka.
“Thank you pada yg perihatin Terasa korang saying Opah Aminah sampai tangan pun korang belek Kita Jumpa sebelum buka ye..” tulis Sheila.
Walaupun solekan beliau dikritik hebat, rata-rata pengikutnya amat berpuas hati dengan hasil lakonan Sheila Rusly, malah drama yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Remy Ishak dan Nazim Othman yang disiarkan di slot Akasia TV3 itu, sentiasa mendapat pujian warganet dan tidak lekang “trending” di laman Twitter.
Tinjauan di laman Twiter rata-rata terhibur dengan lakonan Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
Tahniah diucapkan pada Sheila Rusly yang mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun ini, masih berani mengambil cabaran untuk memegang watak sebagai seorang nenek yang jauh daripada usia sebenarnya.