Nadeera dan Hael Bersinar di 29th Asian Television Awards, Wakili Malaysia di Jakarta
- oleh Mohd Indera
- 3 minggu lalu
Dua bintang Rocketfuel Entertainment, Nadeera Zaini dan Hael Husaini, bakal mengharumkan nama negara apabila terpilih untuk menghadiri 29th Asian Television Awards (ATA29) di Jakarta, Indonesia.
Acara berprestij yang berlangsung pada 29 dan 30 November 2024 ini menyaksikan mereka bukan sahaja membuat persembahan, malah tercalon dalam kategori utama.
Hael, yang dikenali melalui pelbagai anugerah besar, dicalonkan sebagai Most Popular Solo Male Performer, manakala Nadeera yang kian mencipta nama menerima pencalonan untuk Most Popular Solo Female Performer.
Ini adalah satu pengiktirafan besar buat industri muzik Malaysia apabila dua wakil ini bersaing di peringkat antarabangsa bersama nama-nama besar Asia seperti Luna Maya, Raffi Ahmad, dan Lesti Kejora.
Selain ATA29, kedua-dua bintang ini baru sahaja melakar sejarah dalam Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), menjadikan penghujung tahun 2024 sebagai pencapaian luar biasa untuk karier mereka.
“Saya sangat terharu kerana ini adalah kali pertama saya layak ke pusingan separuh akhir dan berjaya menempah tiket ke pentas AJL39.” kata Nadeera Zaini.
Sementara itu, Hael Husaini, seorang bintang yang tidak asing dalam AJL, turut meluahkan rasa syukur.
“Tahun ini, rezeki menyebelahi saya. Saya dapat bertanding dengan lagu saya sendiri,” katanya.
Ikuti perkembangan Nadeera dan Hael di platform digital Rocketfuel Entertainment untuk maklumat lanjut tentang perjalanan mereka.