Ikuti Kami:

Mesin ATM Dibenarkan Beroperasi Waktu Biasa Seperti Sebelum PKP

Mesin ATM Dibenarkan Beroperasi Waktu Biasa Seperti Sebelum PKP

Mulai esok, orang ramai boleh menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengikut waktu operasi biasa semula.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, waktu operasi ATM akan kembali seperti sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan sebelum ini telah memutuskan bank dibenarkan beroperasi seperti waktu biasa. Namun mesin-mesin ATM masih lagi beroperasi sehingga jam 8 malam sebelum ini.

“Oleh itu kerajaan memutuskan bahawa mesin ATM yang dulu beroperasi 8 pagi hingga 8 malam boleh beroperasi seperti biasa, seperti waktu sebelum PKP diperkenalkan.”

Dia berkata waktu operasi tertakluk kepada yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Ismail Sabri turut mengingatkan orang ramai agar menjaga penjarakan sosial iaitu satu meter ketika beratur di mesin ATM.

Komen
Loading...