Ikuti Kami:

Melaka Benarkan Berniaga Dihadapan Rumah

Melaka Benarkan Berniaga Dihadapan Rumah

Kerajaan Negeri Melaka dalam kenyataannya memberi kelonggaran kebenaran kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Melaka untuk menjalankan perniagaan yang terhad di kawasan rumah masing-masing sahaja sempena bulan Ramadan.

“Bagaimanapun, kelonggaran kebenaran ini masih tertakluk kepada syarat-syarat ketat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kawasan masing-masing.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasib golongan berpendapatan rendah (B40) yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-

“Perlu diingatkan kelonggaran kebenaran yang diberikan ini boleh ditarik balik serta merta jika penjaja dan peniaga tidak mematuhi atau melanggar syarat-syarat ketat dan SOP yang telah ditetapkan.

“Kerajaan Negeri Melaka berharap agar kelonggaran kebenaran yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan penjaja dan peniaga kecil di Melaka memperoleh pendapatan untuk kegunaan bulan Ramadan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidlifitri tidak lama lagi,” menurut kenyataan itu.

Komen
Loading...