Marsha Milan Londoh Rancang IVF, Bersedia Menjadi Ibu Setelah Sembilan Tahun Berkahwin
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu
![Marsha Milan Londoh Rancang IVF, Bersedia Menjadi Ibu Setelah Sembilan Tahun Berkahwin](https://mdaily.gerbangcdn.com/wp-content/uploads/2024/10/08161125/456384221_18448029862048701_7269345400687608374_n.jpg)
Penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh, mengumumkan bahawa dia telah merancang untuk melakukan IVF dan bersedia untuk menjadi seorang ibu.
Memasuki tahun ke sembilan dalam alam perkahwinan, Marsha dan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, bercita-cita untuk menimang cahaya mata.
“Marsha secara dasarnya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu sebab sudah sembilan tahun berkahwin, jadi keinginan itu memang ada. Namun, seperti yang saya katakan, semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing,” katanya.
Memetik Gempak, apabila ditanya mengenai perancangan untuk mendapatkan anak, Marsha tidak berselindung. Dia mengesahkan bahawa dia merancang untuk menjalani IVF, dan suaminya turut memberikan sokongan terhadap keputusan tersebut.
“Jujur saya beritahu, memang saya rancang untuk buat IVF dan suami pun setuju dengan permintaan saya. Cuma, ada beberapa perkara yang saya tahu suami saya tidak dapat elak,” jelasnya.
Marsha dan Shaiful mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 2015, dan kini mereka berdua sangat berharap untuk mengembangkan keluarga mereka.