Ikuti Kami:

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji Daripada Arab Saudi

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji Daripada Arab Saudi

Malaysia menjadi negara pertama yang mendapat pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menzahirkan ucapan tahniah kepada pihak Tabung Haji di atas kecepatan agensi sehingga berjaya mendapatkan visa awal.

“Dengan adanya keupayaan daripada sudut komitmen warga kerja dan sistem sedia ada, apabila permohonan visa dibuka kita yang pertama sekali uruskan dengan cepat, itu asasnya dan sudah tentu melalui perjanjian yang kita uruskan daripada awal maka ia menjadi lebih mudah.”

Dalam pada itu, beliau sempat meluangkan masa dan turun padang bagi menyantuni serta melihat kakitangan TH menjalankan kerja untuk pemprosesan visa.

Saya sempat bertemu dengan mereka dan memberi semangat dan berterima kasih Mereka sangat penting kerana visa ini kalau tidak dapat maka jemaah kita tidak boleh ke tanah suci.

Komen
Loading...