Ikuti Kami:

KWP Hadiahkan Sepasang Baju Raya Kepada Gelandangan

KWP Hadiahkan Sepasang Baju Raya Kepada Gelandangan

Tidak henti-henti sumbangan dan bantuan yang diterima oleh golongan kurang bernasib seperti gelandangan hasil inisiatif daripada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dia bawah menterinya Tan Sri TPr Haji Annuar bin Haji Musa.

Sebelum ini, gelandangan-gelandangan di ibu negara diselamatkan dan ditempatkan di pusat transit gelandangan sebagai langkah membendung penularan COVID-19 oleh kerajaan Malaysia.

Mereka telah diberikan tempat tinggal, makan dan minum serta kemudahan asas termasuk khemah kubikal bagi setiap seorang bagi tujuan penjarakan sosial dan privasi. Malah, pemeriksaan kesihatan turut dibuat untuk memastikan mereka semua bebas dari sebarang penyakit dan wabak yang menular ketika ini.

Semalam, Annuar Musa dilaporkan telah melawat pusat transit gelandangan untuk memberikan sumbangan baju raya kepada kira-kira 560 orang di semua pusat transit di ibu negara.

“Ini sumbangan dari rakan-rakan swasta yang memberi kerjasama” katanya bila ditemui pemberita.

Beliau juga meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama gelandangan di pusat transit itu, Turut serta Datuk Hajah Rosidah binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan itu pernah berkata bahawa gelandangan ini akan ditawarkan pekerjaan di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh PKP berakhir.

Sudah tentunya, perkara ini amat menggembirakan rakyat Malaysia kerana nasib golongan kurang bernasib baik ini kian terbela dari semasa ke semasa. Setiap musibah yang melanda, pasti ada hikmah buat golongan yang tak terbela.

Komen
Loading...