Ikuti Kami:

Kamal Aidil & Uqasha Terima Cahaya Mata Pertama

Kamal Aidil & Uqasha Terima Cahaya Mata Pertama

KUALA LUMPUR: Pasangan Pelakon Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.72 kilogram pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Uqasha menerusi Instagram.

Menerusi hantaran itu, Uqasha turut berkongsikan nama anak sulungnya yang diberi nama Uqaira.

“Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi.

“Welcome to the world sayangku, i love u so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg,” tulisnya.

Terdahulu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, memang impikan cahaya mata perempuan dan pengumuman jantina bayi didedahkan dalam satu acara, baru-baru ini.

Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran dua kali.

Kali pertama keguguran kerja mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar November 2022.

Komen
Loading...